Pilih Produk Makanan Sihat Dan Rendah Kolesterol

Pada masa ini, kita dapat melihat peningkatan trend bagi keperluan dan kehendak pengguna terhadap produk makanan yang berasaskan jenis diet dan rendah kolesterol.

Kesedaran terhadap kepentingan mengamalkan gaya hidup dan pemakanan sihat ini telah membuatkan produk-produk makanan sihat atau rendah kolesterol menjadi pilihan utama sebahagian besar daripada pengguna.

Ini sekali gus menyebabkan lebih banyak syarikat pengeluar produk makanan mengeluarkan pelbagai produk yang memenuhi permintaan pelanggan dengan memberi penekanan terhadap makanan yang lebih sihat.

 

Goodday Milk

Jenama yang telah telah dikenali oleh rakyat Malaysia sejak tahun 1968, Goodday Milk baru-baru ini melancarkan rangkaian minuman tidak berasaskan tenusu pertama mereka iaitu Good Vibes by Goodday Milk (Good Vibes) di pasaran Malaysia.

Terdapat dapat empat varian berbeza iaitu Almond Original, Almond Chocolate, Walnut Original dan Walnut Chocolate, produk ini bebas daripada gluten dan tenusu serta tiada kolesterol dan bahan pengawet.

Ini sekali gus memberi lebih pilihan kepada pengguna untuk menikmati minuman yang lebih sihat dalam menjalani kehidupan harian mereka.

“Kami menyedari ramai daripada kita kini menjalani gaya hidup yang aktif dan sibuk dengan pelbagai urusan sehingga menyukarkan kita untuk bersenam dengan kerap.

“Justeru itu, Goodday Milk memberikan penyelesaian kepada anda dengan menawarkan produk yang bersesuaian dengan trend penjagaan kesihatan pada masa kini iaitu Good Vibes,” ujar Naib Presiden Kanan Pemasaran dan Perniagaan Alternatif Etika Sdn Bhd, T. Sundaram.

Air minuman tidak berasaskan tenusu Goodday Milk diperbuat daripada bahan-bahan berasaskan tumbuhan yang dikisar dan dicampur seperti kekacang dan bijirin dengan air.

Ini menjadikan sifatnya yang rendah kalori dan lemak dengan kandungan air yang tinggi dan berkolesterol rendah.

Rangkaian Good Vibes Almond Original, Almond Chocolate, Walnut Original dan Walnut Chocolate masing-masing mengandungi 2 gram (g), 2.8g, 1.3g dan 1g protein.

Ia terdapat dalam paket bersaiz 250 mililiter (ml) dan dijual di kedai-kedai serbaneka serta stesen petrol terpilihan di seluruh negara.

 

 Ayam Brand™ Santan Super Light

Santan merupakan antara bahan masakan utama yang sering digunakan dalam makanan tempatan setiap hari.

Namun, kebiasannya santan mengandungi kandungan lemak yang tinggi, sekali gus menjadikannya antara bahan makanan yang kurang baik untuk kesihatan.

Disebabkan itu, Ayam Brand memperkenalkan Ayam Brand™ Santan Super Light baharu dengan 75% kurang lemak berbanding santan segar.

Tanpa berkompromi dari segi rasa dan aroma, santan ini juga bebas kolesterol berbanding dengan penggantinya seperti yogurt dan susu biasa.

“Makanan Ayam Brand™ yang sihat, mudah dan enak tanpa bahan pengawet dan MSG merupakan sebahagian daripada identiti kami.

“Kami juga komited untuk mengekalkan warisan makanan dan menggalakkan penghasilan menu kulinari yang baharu.

“Di sinilah Ayam Brand™ Santan Super Light boleh membantu dalam menjadikan resepi tradisional lebih sihat, selain menambah citarasa tempatan terhadap trend global,” kata Pengurus Pemasaran Ayam Brand™, Nathan Deverre.

Ayam Brand™ Santan Super Light didatangkan dalam kotak Tetra Pak 330ml yang lebih bersih dan mudah.

Untuk membukanya, pengguna hanya perlu pusingkan penutup dan tuang, serta tidak perlu gunting atau koyak.

Ia kemudiannya boleh tutup semula dan dimasukkan ke dalam peti sejuk, serta habiskannya dalam tempoh tiga hari selepas dibuka.

Harga runcit sepeket Ayam Brand™ Santan Super Light (330ml) adalah RM 3.10 dan kini ia boleh didapati pada harga promosi RM 2.95 sepeket di cawangan pasaraya Giant sehingga 31 Oktober 2019.

Rangkaian lengkap produk Ayam Brand™ yang sihat dan mudah boleh didapati di pasaraya di seluruh negara.

 

Foto: Lewis Kuala Lumpur & About Communication