Pindaan Akta Pendidikan 1996 diteliti Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan

Pendidikan MAS 12-Dis-2019

Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan dalam proses meneliti draf pindaan Akta Pendidikan 1996 yang antara lain akan mewajibkan ibu bapa menghantar anak masing-masing mengikuti pendidikan rendah dan menengah.

Aspek latihan vokasional turut diambil kira sebagai alternatif untuk pelajar yang kurang kecenderungan akademik dalam pindaan tersebut.

Timbalan Menteri Pendidikan juga mempertahankan isu lagu kebangsaan yang dinyanyikan dalam bahasa Mandarin oleh pelajar sekolah baru-baru ini. Beliau meminta semua pihak tidak membuat andaian melulu hanya kerana sebuah video pendek dan menunggu penjelasan lanjut daripada pihak terlibat. Menurut beliau, ianya tidak membuktikan kurang kefasihan berbahasa Melayu atau sikap tidak mencintai negara.