Pinjaman kepada perniagaan dan isi rumah tersedia kepada yang berkemampuan

Perniagaan MAS 06-Dis-2019

Mengikut buletin keluaran Bank Negara Malaysia, bank-bank telah memberikan pinjaman perumahan berjumlah RM119 bilion kepada kira-kira 273,000 peminjam dari Januari hingga September 2019.

Bank-bank juga menganggarkan sehingga 75% kelulusan permohonan pinjaman perumahan yang diterima. Penolakan pinjaman berlaku disebabkan kemampuan pemilikan rumah seperti pembelian harga rumah yang jauh melebihi tahap pendapatan.

Pembiayaan peribadi (tiga hingga lima peratus) dan pinjaman perumahan (tujuh hingga sembilan peratus) memperlihatkan peningkatan yang sejajar dengan pendapatan sejak 2016. Statistik ini sangat berbeza berbanding paras tertinggi 20.5% dan 13.4% yang direkodkan sebelum ini.

Pertumbuhan pinjaman juga lebih sederhana berbanding tempoh 2010-2014 yang mencatat pertumbuhan kredit yang tinggi.