PLUS merakul 3 anugerah MyGHI 2018

Uncategorized Yen Doran 08-Dis-2019

Pengendali lebuh raya terbesar negara, PLUS Malaysia Bhd (PLUS), menang tiga Anugerah Penarafan Indeks Lebuhraya Hijau (MyGHI) 2018 bagi Kategori Lebuhraya Bertol (Beroperasi).

PLUS Seksyen S4 (Wilayah Selatan) memenangi anugerah Emas, manakala Seksyen C5 (Wilayah Tengah) meraih anugerah Perak dan Seksyen N5 (Wilayah Utara) menerima anugerah “Certified”.

Azman terima ketiga-tiga anugerah tersebut daripada Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya Datuk Dr Syed Omar Sharifuddin Syed Ikhsan pada majlis penutupan Hari Profesion Teknikal Negara (HPTN) 2019 baru-baru ini.

Pengarah Urusan PLUS Datuk Azman Ismail berkata anugerah berkenaan menyuntik semangat kepada PLUS untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan lebuh raya setiap masa.