PLUS tutup lorong tambah nilai mulai esok hingga 2 Jan

Uncategorized Adea Ghafar 24-Dis-2019

KUALA LUMPUR, 23 Dis — Untuk melancarkan pergerakan trafik pada cuti perayaan Krismas dan Tahun Baharu, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menutup lorong- lorong tambah nilai di plaza tol masuk mulai esok hingga 2 Januari depan, bagi mengurangkan kesesakan oleh pelanggan yang beratur di lorong tambah nilai.

PLUS menjangkakan peningkatan jumlah trafik sebanyak 18%, iaitu dua juta kenderaan berbanding 1.7 juta di hari biasa. Sekiranya ada pelanggan yang tidak dapat membuat transaksi tol kerana baki kad Touch ‘n Go mereka tidak mencukupi, ia pasti mengganggu perjalanan pelanggan lain.

PLUS tidak menyediakan perkhidmatan tambah nilai di lorong keluar di plaza tol.