PM tiba di Doha untuk lawatan rasmi empat hari

Uncategorized Hafiz Firdaus 11-Dis-2019

DOHA, 11 Dis — Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, isteri serta delegasi Malaysia telah memulakan lawatan rasmi empat hari atas undangan Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, hari ini.

Perdana Menteri dan Emir Qatar akan membincangkan pelbagai usaha peningkatan hubungan dua hala dan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Menteri Luar. Beliau akan bermesyuarat dengan ‘Captains of Industry of Qatar’ pada hari kedua sebelum diraikan di dewan pemerintahan Qatar.

Tun Dr. Mahathir akan melawat Universiti Doha dan akan dianugerahkan dengan Ijazah Doktor Kehormat (Falsafah). Beliau juga dijadualkan menghadiri Forum Doha 2019 sebagai penyampai ucaptama.