PNB merancang tingkatkan pegangan ekuiti asingnya

Uncategorized Yen Doran 18-Dis-2019

Permodalan Nasional Bhd (PNB) merancang untuk beransur-ansur meningkatkan pegangan ekuiti asingnya terutama di United Kingdom, Amerika Syarikat dan Eropah selain meninjau pasaran sedang pesat membangun.

Pengerusi Kumpulan PNB Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz menegaskan adalah penting untuk memahami tiada pasaran yang kebal daripada sebarang kelemahan manakala perkembangan geopolitik turut memberi impak besar ke atas ekonomi dunia.

Rancangan PNB termasuk meningkatkan kepelbagaian seiring dengan pertambahan pelaburan global.

Dedahan antarabangsa itu termasuk dalam ekuiti awam, hartanah, pelaburan persendirian serta tunai.