Pokemon Detective Pikachu Buat Hiburan Seisi Keluarga

Setelah bertahun-tahun mengumpul peminat lewat siri kartun dan juga komik, jenama berasal jepun, watak-watak terkenal Pokemon akhirnya dizahirkan di layar perak untuk tontonan dan hiburan seluruh rakyat dunia.

Mungkin ramai yang kurang mengenali dunia Pokemon jika tidak pernah menonton siri animasi atau membaca komiknya, namun filem Pokemon Detective Pikachu merupakan sebuah filem yang boleh dinikmati oleh sesiapa sahaja walaupun tidak mengetahui hujung pangkal kisah asalnya. Ini kerana, filemnya menceritakan latar belakang dunia Pokemon dengan jelas supaya semua yang menonton dapat memahami alur ceritanya secara jelas.

Dalam filem ini, seorang detektif bernama Harry Goodman tiba-tiba dilaporkan hilang menyebabkan anaknya Tim, yang berumur 21 tahun terpanggil untuk mencari tahu punca kehilangan ayahnya. Tim dibantu oleh seekor mahkluk Pokemon bernama Pikachu yang juga merupakan rakan kerja Harry sebelum dia menghilangkan diri.

Pelbagai adegan lucu dan mencemaskan diselitkan sepanjang jalan cerita untuk menjadikan filem ini lebih menarik untuk tontonan semua. Ini diserikan lagi dengan kesan-kesan khas yang agak menakjubkan.

 

 

Walau bagaimanapun, harus diakui filem ini barangkali lebih sesuai buat tatapan kanak-kanak ataupun mereka yang benar-benar meminati siri Pokemon.

Sungguhpun begitu ia memang sesuai buat tontonan hiburan seisi keluarga . Apatah lagi ia membariskan nama-nama besar seperti Ryan Reynolds, Ken Watanabe, Rita Ora dan ramai lagi.

 

 

Pokemon Detective Pikachu sudahpun mula ditayangkan di seluruh Malaysia bermula 9 Mei 2019.