Polio kembli menjengah di Malaysia selepas 27 tahun

Uncategorized Yen Doran 08-Dis-2019

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini memaklumkan seorang bayi lelaki berumur tiga bulan dari Tuaran, Sabah disahkan dijangkiti penyakit Polio setelah 27 tahun Malaysia bebas daripada virus polio.

Menurut Ketua pengarahnya, Dr Noor Hisham Abdullah, bayi itu mengalami demam diikuti lemah anggota badan dan dimasukkan ke unit rawatan rapi sebuah hospital.

Hasil ujian dari Makmal Wilayah Polio, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) di Australia mengesahkan bayi itu dijangkiti vaccine-derived poliovirus type 1 (VDPV1) pada 6 Disember.

Dr Noor kata, bayi itu masih dirawat di wad isolasi dan berada dalam keadaan stabil tetapi masih memerlukan bantuan pernafasan.