Polis dapatkan bantuan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) siasat kes kematian Muhammad Adib Mohd Kassim

Uncategorized MAS 16-Dis-2019

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Huzir Mohamed memberitahu pihak polis sudah memohon kerjasama MMC untuk memperoleh pandangan pakar mengenai laporan bedah siasat mangsa.

Pandangan MMC dirujuk akibat terdapatnya dua pandangan bertentangan berkenaan insiden berkenaan selepas keputusan mahkamah Koroner Shah Alam. Pandangan pertama mendakwa Adib dilanggar sebuah kenderaan. Satu lagi pandangan menegaskan Allahyarham dipukul ketika kejadian.

Polis juga akan melakukan lakonan semula insiden menggunakan mesin pengimbas 3D melalui unit forensiknya.

Sejumlah 31 individu termasuk pegawai polis, ahli kimia, pakar perubatan dan orang ramai sudah direkodkan kenyataan masing-masing. Lebih ramai saksi akan dipanggil untuk membantu siasatan termasuk pakar yang terlibat dalam inkues kematian.