Premis di Pahang yang tiada papan tanda tulisan Jawi akan dikenakan tindakan mulai esok

Uncategorized Syed Safri 31-Dis-2019
Bendera Pahang
© Liskonogaleksey | Dreamstime.com

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Pahang, Abd Rahim Muda mengumumkan tentang penggunaan papan tanda bertulisan jawi di premis-premis seluruh negeri, dan tindakan tegas yang akan berkuatkuasa mulai esok ke atas pemilik-pemilik premis yang masih tidak menurut arahan pemasangannya walaupun tempoh setahun telah diberikan.

Tempoh rasmi penguatkuasaan adalah 1 Jan 2019 tetapi dilanjutkan kepada 30 Jun dan dipanjangkan sehingga 31 Disember. Kini, sekitar 70% premis perniagaan telah memasang papan tanda bertulisan jawi. Bagi premis-premis yang engkar, kompaun RM250 akan dikenakan.

Pemerkasaan tulisan jawi juga selari dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang juga Sultan Pahang.