Prinsip Islam dan konsep makanan yang halal

halal moscow
Kedai daging halal di Khimki, Rusia © Olgavolodina | Dreamstime.com

Prinsip Islam dan konsep Halal adalah perkara yang perlu dipegang oleh masyarakat Muslim seluruh dunia. Namun, ia menjadi tarikan kepada golongan bukan Muslim atas beberapa sebab, antaranya ialah penyediaaan makanan yang bersih dan persekitaran yang selamat serta perlaksanaan proses penyembelihan mengikut syariat Islam.

Walau bagaimana pun, tentang konsep halal di kalangan bukan Muslim perlu jelas dan berterusan. Kajian lanjut tentang persepsi golongan bukan Muslim terhadap makanan halal perlu dilaksanakan. Ia dapat dapat membuka minda mereka tentang pasaran produk halal yang sudah mencapai tahap dunia.

Amalan prinsip Halal

Persijilan Halal yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) bermaksud pengakuan rasmi proses penyediaan, penyembelihan, pembersihan pengendalian dan sebagainya yang bersesuaian oleh badan yang ditubuhkan. Logo halal yang dikeluarkan secara rasmi oleh JAKIM perlu difahami dan diteliti.

Seterusnya, konsep halal dibincangkan sebagai standard di seluruh dunia. Oleh itu, makanan halal yang diperakui juga boleh memberi isyarat bahawa makanan mematuhi piawaian ketat dalam kebersihan.

Terdapat bukti empirikal untuk menyokong premis bahawa orang bukan Islam prihatin tentang keselamatan makanan, yang secara positif mempengaruhi kebarangkalian sikap mereka terhadap produk halal. Lebih-lebih lagi, penemuan kajian mereka mencadangkan bahawa sikap terhadap makanan halal dan kawalan yang dirasakan adalah peramal penting.

Prihatin tentang perkara Halal

Jaringan sosial boleh memberikan pengetahuan yang sangat berharga kerana berbilion pendapat dinyatakan pada platform sedemikian setiap hari. Hal ini disebabkan oleh sifat afektif mereka. Pendapat sedemikian secara umumnya mudah difahami dan cepat bertindak. Kajian (Mostafa, 2018) menjelaskan bahawa 90% pengguna mempunyai keprihatinan besar tentang bahan makanan berlabel halal.

Gaya hidup yang sibuk di kalangan penduduk bekerja menunjukkan bahawa majoriti mereka mempunyai masa yang kurang untuk menyediakan makanan mereka sendiri dan menggunakan makanan siap sedia atau makanan segera yang dijual di restoran dan kedai makan. Namun, perlulah diperhatikan cara penyediaan yang bersih dan halal.

Prinsip Islam dan konsep makanan yang halal harus sentiasa menjadi perkara utama pengguna Muslim. Memastikan sijil ‘Halal’ dapat dipamerkan di permis-permis perniagaan masih dalam tempoh. Ia memberikan keyakinan kepada si pembeli untuk membeli makanan tersebut.

Oleh itu, mencari yang halal dan toyyib adalah fardhu ain bagi setiap umat Islam. Kita boleh makan dan minum sesuka hati, namun perlulah diperhatikan cara penyediaan dan logo halal yang sah di premis perniagaan. Ia dapat menjamin kebersihan makanan tersebut.