Produk safron Afghanistan ungguli ranking pertama dunia dari segi kualiti

Uncategorized Adea Ghafar 21-Dis-2019

KABUL, 21 Dis — Institut Kualiti dan Rasa Antarabangsa yang berpangkalan di Brussels, Belgium telah mengangkat produk safron Afghanistan sebagai yang terbaik di dunia dari segi kualiti, demikian laporan agensi Khaama Press.

Menurut Akbar Rustami, jurucakap Kementerian Pertanian dan Pengairan Afghanistan, safron ditanam di 33 daripada 34 wilayah Afghanistan dan telah menghasilkan 18.3 tan metrik tahun ini dengan jangkaan mencecah 25 tan menjelang 2021. Bergantung pada kualiti, 1 kilogram safron berharga antara 50,000-90,000 afghani ($634-$1,147 (USD)) di pasaran Afghanistan.

Bagi mewujudkan peluang pekerjaan dan merangsang ekonomi, kerajaan Afghanistan telah mengambil langkah untuk memperbanyak pelaburan dalam sektor pertanian tempatan.