Program ‘Eat Right to Play Right’ meningkat kesedaran ahli sukan tentang nutrisi

Uncategorized Yen Doran 08-Dis-2019

Zurich Malaysia menganjur kejohanan bola sepak Belia ‘Eat Right To Play Right’ (ERTPR) pada 8 Disember di Kuala Lumpur.

Program ERTPR ini bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pendidikan nutrisi selain menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan kanak-kanak.

Kejohanan bola sepak dapat penyertaan lebih 2,160 pelajar dari negeri Kedah, Perak, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Johor dan Kuala Lumpur selepas pengenalan kategori khas bagi perempuan bawah 12 tahun.

Pemain bola sepak profesional, Safee Sali sebagai duta program itu, berharap program ini diperluaskan ke Sabah dan Sarawak supaya melahirkan lebih generasi yang lebih sihat dan mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat.