Program keagamaan, majlis ilmu isi sambutan Ambang 2020

Budaya Adea Ghafar 31-Dis-2019
Masjid Putra Jaya
Mengimarahkan masjid di ambang 2020 © Cristianzamfir | Dreamstime.com

KUALA LUMPUR, 31 Dis – Sebahagian masjid-masjid dan surau-surau seluruh negara telah menyambut ketibaan tahun baharu dengan rasa syukur, insaf dan memohon keredaan Allah SWT. Umat Islam rata-ratanya memanjatkan doa serta dinasihati agar mematuhi syariat dan akhlak sebagai Muslim.

Beberapa masjid di Kuala Lumpur menganjurkan forum-forum dan kuliah-kuliah, di mana Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyampaikan khutbah bertajuk “Sambut Tahun Baharu, Inilah Nasihat Kami’.

Di Negeri Sembilan, Selangor dan Terengganu, aktiviti-aktiviti yang telah berlangsung antaranya adalah Grand Forum Geng Masjid Ambang 2020, acara selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan program Solat Hajat Perdana.