Program [email protected] latih lebih 700 belia cicir SPM

Uncategorized Adea Ghafar 11-Dis-2019

KUALA LUMPUR, 11 Dis — Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah berjaya menganjurkan projek rintis Skill Training At [email protected], atau [email protected] menerusi program latihan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) kepada lebih 700 belia yang cicir Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Timbalan Menteri KBS, Steven Sim Chee Keong yang menjadi tetamu di Bernama TV hari ini berkata, mereka yang menamatkan program itu adalah daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) yang tinggal di kawasan pedalaman.

Kini terdapat 22 Institut Latihan Kementerian Belia dan Sukan (ILKBS) yang menawarkan latihan TVET jangka pendek secara percuma yang membolehkan pengajian seterusnya ke peringkat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).