Program Van Wilayah dilancar

Uncategorized Adea Ghafar 03-Dis-2019

KUALA LUMPUR, 3 Nov — Program Van Wilayah telah dilancarkan bagi penduduk di 11 kawasan Parlimen Kuala Lumpur. Penduduk terbabit akan menikmati kemudahan pengangkutan bagi tujuan kebajikan secara percuma dengan diurus selia oleh Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) masing-masing.

Khalid Abdul Samad, Menteri Wilayah Persekutuan berkata warga Kepong, Batu, Wangsa Maju, Segambut, Setiawangsa, Titiwangsa, Bukit Bintang, Lembah Pantai, Seputeh, Cheras dan Bandar Tun Razak boleh menggunakan kemudahan ini bagi urusan hospital, kematian, aktiviti amal serta keperluan lain oleh golongan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Penggunaan am perkhidmatan van adalah tertakluk kepada garis panduan kementerian yang telah ditetapkan.