Program WOWComm dapat sambutan baik

Uncategorized Ahmad Mahmud 05-Dis-2019

PUTRAJAYA, 5 Dis — Persidangan Workshops of the World Communicate 2019 (WOWComm) hari ini yang bertujuan untuk mengukuhkan cara rakyat Malaysia berkomunikasi dalam menangani isu-isu alam sekitar, telah mencapai kejayaan memberangsangkan hasil sokongan kuat pelbagai lapisan masyarakat.

Anne Edwards, pengerusi pihak penganjur berkata sokongan daripada ahli politik, pengamal sektor komunikasi dan para cendekiawan amat membanggakan dan berjaya mengurangkan jurang antara profesional kemapanan alam sekitar dan profesional komunikasi.

Kesedaran mengenai kemapanan alam sekitar di kalangan rakyat Malaysia kini semakin meningkat namun masih tidak mencukupi kerana tiadanya komitmen dan ia tidak dijadikan sebagai gaya hidup.