Promosi perniagaan dalam arus digital

Perniagaan Chan Abdullah
Chan Abdullah
Promosi perniagaan dalam arus digital
Promosi perniagaan dalam arus digital © Marchmeena | Dreamstime.com

Promosi merupakan antar perkara penting dalam mana-mana perniagaan. Tanpa promosi sukar untuk bakal pelanggan mengenali produk atau servis yang ditawarkan.

Promosi adalah sejenis komunikasi di mana sesuatu mesej mengenai produk atau servis yang ditawarkan wujud dalam pasaran.

Promosi perniagaan dalam arus digital

Menurut Dr Irfan Khairi, pakar pemasaran internet Malaysia, terdapat 3 kategori pasaran untuk perniagaan iaitu:

  • Orang yang berminat dengan produk atau servis yang ditawarkan
  • Orang yang mungkin mahu atau tidak mahu produk atau servis yang ditawarkan
  • Prang yang tidak mahu produk atau servis yang ditawarkan

Untuk menaikkan keuntungan, anda perlu fokus mempromosikan produk atau servis anda kepada kategori kedua iaitu orang yang mungkin mahu atau tidak mahu produk atau servis yang ditawarkan. Jika diikutkan secara purata,tidak sampai 10% daripada pasaran akan mendapatkan produk atau servis anda.

Baki 90% pasaran sememangnya tidak mahu mendapatkan produk atau servis anda. Oleh itu bagi meningkatkan keberkesanan promosi dan perbelanjaan, fokus sahaja promosi pada kategori pasaran pertama dan kedua.

Beberapa perkara sebagai kempen promosi perniagaan

Bagi memastikan kempen promosi perniagaan anda berkesan anda boleh melakukan beberapa perkara. Antaranya adalah seperti berikut:

  • Kecilkan sasaran pasaran anda – Jika anda ada kedai fizikal, boleh kecilkan sasaran berdasarkan kawasan berhampiran kedai anda seperti 10-20km radius jarak dari kedai anda.
  • Ulang siar promosi kepada sasaran yang telah anda tentukan secara berterusan.
  • Cari medium terbaik untuk promosi – Pada zaman ini, penggunaan promosi seperti risalah kertas mungkin tidak lagi berapa relevan. Anda boleh cuba mempromosikan perniagaan melalui media sosial seperti medium Facebook dan Instagram.

Selain promosi yang berterusan, para peniaga dan usahawan juga mestilah bersedia untuk mengikuti trend perniagaan masa kini. Sebagai contoh, para peniaga tidak boleh lagi bergantung kepada urusan jual beli konservatif seperti sebelum ini.

Para peniaga perlu menyediakan pilihan kepada bakal pelanggan. Contohnya untuk mendapatkan produk atau servis untuk pembayaran tanpa kontak misalnya, sesuai dengan norma baharu ketika kini. Para peniaga juga boleh menyediakan khidmat penghantaran produk ke rumah, jadi pelanggan tidak perlu datang ke premis perniagaan anda.

Melalui promosi berterusan dan pilihan yang lebih banyak untuk pelanggan melakukan urusan jual beli, insya-Allah, perniagaan anda boleh bertahan. Teruskan berdoa agar ia bertambah baik walaupun negara dan dunia masih lagi berdepan dengan ancaman wabak pandemik.