Promosi Super Deals Malindo Air Tawar Tambang Serendah RM59

Musim cuti perayaan telah pun habis.

Kini, masing-masing telah pun kembali ke ibu kota dan melakukan rutin harian serta pekerjaan seperti biasa.

Namun, bagi kaki melancong, pengembaraan bagi mereka tidak mempunyai musim, dan ia seharusnya dilakukan pada sepanjang tahun.

Justeru, apabila ada syarikat-syarikat penerbangan yang menawarkan promosi tambang rendah, ia bagaikan suatu ‘hadiah’ buat sang pengembara  kerana itulah masa yang ditunggu-tunggu untuk mereka merancang trip yang seterusnya.

Terbaharu, syarikat penerbangan hibrid, Malindo Air, menawarkan promosi Super Deals dengan harga tambang sehala, termasuk semua, bermula daripada RM59!

Promosi tersebut adalah untuk tempoh masa terhad bagi tempahan berakhir 24 Jun 2019 untuk perjalanan sehingga 26 April 2020.

Antara promosi tambang yang ditawarkan termasuk:

1. Dari KLIA ke Johor Bahru, Pulau Pinang dan Langkawi daripada RM59.

2. Dari Subang ke Kuala Terengganu, Pulau Pinang, Alor Setar, Johor Bahru, Kota Bharu dan Langkawi, dengan tambang daripada RM109 (termasuk elaun bagasi 15kg).

3. Kelas Ekonomi termasuk elaun bagasi 15kg dari KLIA ke:

  • Singapura daripada RM149.
  • Kochi, Tiruchirappalli, Trivandrum, Guangzhou, Hong Kong daripada RM299.
  • Varanasi daripada RM599.

4. Kelas Perniagaan termasuk elaun bagasi 40kg dari:

  • KLIA ke Colombo atau Denpasar daripada RM599.
  • Kota Kinabalu ke Tianjin atau Wuhan daripada RM999.
  • KLIA ke Sydney, Brisbane, Melbourne atau Adelaide daripada RM1,599.

“Promosi Super Deals menawarkan penjimatan tambang asas sehingga 50%, bagi penerbangan domestik dan antarabangsa.

“Anda boleh mengambil peluang bagi cuti hujung minggu yang panjang untuk trip percutian singkat atau merancang percutian cuti sekolah dan hujung tahun bersama orang tersayang,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Malindo Air, Chandran Rama Muthy.

Tambahnya, Malindo Air juga tidak mengenakan bayaran bagi yuran pemprosesan transaksi.

“Malahan dengan ciri “Hold Booking & Pay Later” kami, ia membolehkan anda menunda tempahan dalam tempoh 48 jam, bagi mendapatkan harga tambang yang diingini, dan seterusnya membuat pembayaran kemudian,” jelasnya.

Harga tambang Economy Value, Economy Flexi dan Kelas Perniagaan didatangkan dengan penawaran dan perkhidmatan nilai tambah seperti elaun bagasi (15kg, 30kg dan 40kg) serta ruang kaki yang luas.

Makanan atau snek adalah percuma untuk penerbangan yang mengambil masa melebihi tiga jam dan skrin hiburan dalam pesawat juga turut disediakan.

Bagi ahli Malindo Miles, anda berpeluang mendapat sehingga tiga kali mata ganjaran bagi tempahan yang dibuat.

Sebarang maklumat, aktiviti atau promosi terbaharu mengenai Malindo Air boleh didapatkan menerusi:

Twitter: (https://twitter.com/malindoair)

Facebook: (facebook.com/MalindoAirMalaysia)

Instagram: (instagram.com/malindoair)

 

Foto: Malindo Air