Promosi VMY2020 masih berjalan ikut perancangan

Uncategorized Adea Ghafar 29-Dis-2019
Tahun Melawat Malaysia 2020
© Ravindran John Smith | Dreamstime.com

JOHOR BAHRU, 29 Dis — Promosi Tahun Melawat Malaysia 2020 (VMY2020) yang bermula sejak Januari 2018 akan terus mengikuti perancangan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), kata Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) MOTAC, Saraya Arbi di Festival Kraf Johor.

Di samping kempen-kempen tempatan, beberapa promosi utama VMY2020 di luar negara turut berlangsung di Bangkok, Berlin, dan London. Kerjasama berupa sewaan penerbangan pelancong dengan beberapa negara juga telah diadakan.

Kempen diteruskan lagi pada 31 Disember melalui acara Ambang 2020, dan sambutan di 22 pintu masuk negara akan diadakan pada 1 Januari 2020 oleh Tourism Malaysia dan semua kerajaan negeri.