PSWM tawar anugerah RM10,000 kepada calon Ijazah Sarjana

Uncategorized Hafiz Firdaus 13-Dis-2019

KUALA LUMPUR, 13 Dis – Pengerusi Persatuan Siswazah Wanita Malaysia (PSWM), Datin Fauziah Mohd Ramly berkata, PSWM menawarkan anugerah tahunan khas sebanyak RM10,000 kepada calon Sarjana yang menghasilkan tesis bahasa Melayu berkaitan disiplin ilmu yang ditetapkan PSWM.

Berucap di Majlis Makan Malam Ulang tahun ke-40 Persatuan Siswazah Wanita Malaysia (PSWM) di Dewan Perdana Felda, beliau berkata bidang pengkhususan terbabit ialah tadbir urus berkonsepkan kedaulatan undang-undang, transparensi, ketidakbalasan, berorientasi konsensus, ekuiti dan keinklusifan.

Calon yang berminat boleh memohon secara rasmi dengan menyertakan kertas cadangan penyelidikan. Maklumat lanjut permohonan boleh diperolehi di laman web PSWM, https://pswm.org/