Puding Roti Santan dan Mentega Kukus Untuk Buka Puasa

Puding Roti Santan Dan Mentega Kukus Untuk Berbuka Puasa

Jenama makanan Ayam Brand™ terkenal sebagai produk yang sihat, mudah dan bebas bahan pengawet telah menghasilkan lapan resepi menarik sempena Ramadan dan Raya kali ini.

Resepi-resepi ini termasuklah hidangan tradisional kegemaran ramai, selain resepi mudah dan cepat yang boleh dibuat oleh sesiapa sahaja. Resepi-resepi ini juga seimbang dari segi rasanya yang sedap dan pemakanan sihat.

SalamToday akan berkongsi kesemua resepi ini bermula hari ini dan beberapa siri akan datang. Untuk resepi yang pertama, kami memilih Puding Roti dan Mentega Kukus yang boleh disediakan dan dibakar dalam masa 25 minit, ia sangat enak apabila dihidangkan bersama ais krim atau sos coklat.

 

Bahan-bahan

1) 250 gram mentega, dicairkan

2) 10 keping roti hiris biasa, hiris separuh

3) 4 biji telur

4) 2 cawan kurma, buang biji dan dihiris

5) 60 gram gula kastor

6) 4 sudu besar kelapa parut goreng

7) 1 sudu teh oren, diparut halus

8) ½ sudu teh perasa vanilla

9) 350 ml Santan Ayam Brand

 

Cara-cara Memasak

1) Letakkan sedikit mentega dalam bekas acuan dan pada kedua-dua belah kepingan roti.

2) Susun lapisan pertama roti.  Taburkan separuh kurma dan separuh kelapa parut.

3) Dalam mangkuk kecil, pukul telur, oren parut, gula , vanilla dan santan. Tuang 1/3 campuran ke atas lapisan pertama roti.

4) Seterusnya, letakkan lapisan roti yang berbaki. Taburkan kelapa parut dan kurma yang masih tinggal. Tuang telur yang telah dipukul.

5) Tekan roti dengan perlahan sehingga ia terendam sepenuhnya.

6) Bakar ketuhar selama 20 hingga 25 minit pada suhu 180 ◦C. Masukkan aduan ke dalam ketuhar. Gunakan pisau tajam atau lidi pencungkil gigi untuk memastikan ia tidak terlalu lembap atau terlalu kering

7) Untuk dihidang, potong sedikit dan letak di atas pinggan dan tuang krim atau sos coklat segar. Selain itu boleh juga dinikmati bersama aiskrim perisa kegemaran.

Resipi dan foto – Ayam Brand™