Pulang Beraya Dengan Penerbangan Lewat Malam AirAsia

Bagi orang ramai yang masih belum mendapatkan tiket pengangkutan awam untuk pulang berhari raya, anda sebenarnya masih belum terlewat untuk berbuat demikian.

Ini kerana syarikat penerbangan tambah rendah, AirAsia akan menambah penerbangan lewat malam dengan tambang rendah tetap untuk musim perayaan yang akan tiba iaitu Pesta Menuai dan Hari Raya Aidilfitri.

Tambang rendah tetap tersebut bermula hanya daripada RM99* dari Kuala Lumpur ke Alor Setar, Kota Bharu, Kuala Terengganu dan Johor Bahru; RM149* dari Semenanjung Malaysia ke Sarawak; dan RM199* dari Semenanjung Malaysia ke Sabah.

Tambang rendah tetap itu adalah untuk perjalanan antara 31 Mei hingga 17 Jun 2019.

AirAsia juga akan menawarkan tambang rendah untuk laluan terpilih ke Sabah dan Sarawak untuk perjalanan antara 27 Mei hingga 30 Mei 2019.

“Ketika para penumpang bersiap sedia untuk menyambut Pesta Menuai dan Hari Raya, kami bersedia untuk membawa mereka pulang beraya bersama orang yang tersayang.

“Oleh itu, kami menyediakan lebih daripada 115,000 tempat duduk tambahan dalam tempoh perayaan ini dan ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan atas sokongan mereka membantu mendapatkan kelulusan ini.

“Untuk para tetamu AirAsia, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dan selamat menyambut Pesta Menuai,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tony Fernandes.

Sementara itu, AirAsia mengingatkan para penumpang yang melakukan perjalanan sepanjang tempoh tersebut untuk tiba lebih awal ke lapangan terbang kerana kesesakan dijangka berlaku di pemeriksaan keselamatan serta kaunter daftar masuk.

Penumpang juga dinasihatkan untuk mendaftar masuk secara online dan mencetak pas masuk mereka sendiri.

Daftar masuk melalui web dan aplikasi mudah alih AirAsia boleh digunakan bermula dari 14 hari sebelum waktu pelepasan untuk semua penerbangan AirAsia.

Manakala bagi penumpang yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di Johor Bahru, AirAsia menggalakkan mereka untuk menggunakan perkhidmatan Fast Airport Clearance Experience System (FACES) untuk perjalanan yang lebih lancar.

Pendaftaran FACES boleh didapati secara percuma di aplikasi mudah alih AirAsia.

Bagi sebarang promosi dan aktiviti terkini AirAsia, boleh diikuti di Twitter; twitter.com/AirAsia, Facebook; facebook.com/AirAsia dan Instagram; instagram.com/AirAsia.

(*Tambang termasuk semua yang tercatat adalah bagi penerbangan sehala untuk Ahli BIG sahaja termasuk cukai untuk tempahan dari 30 April 2019 hingga 17 Mei 2019. Tertakluk kepada  terma dan syarat).

Foto: AirAsia