Pulau Tioman yang penuh tarikan

Asia Hagnas
Hagnas
Pulau Tioman yang penuh tarikan
Pulau Tioman yang penuh tarikan © Alphonsusjimos | Dreamstime.com

Pulau Tioman terletak di sempadan negeri Pahang dan Johor tetapi ia diletakkan di bawah pentadbiran negeri Pahang. Pulau Tioman yang penuh tarikan ini terletak sejauh 70km daripada jeti Mersing, Johor dan 67km dari jeti Tanjung Gemok, Kuala Rompin, Pahang.

Tioman merupakan pulau kecil yang maempunyai terumbu karang dan lautan yang jernih menjadikannya tempat tumpuan penggemar aktiviti snorkeling. Pasirnya halus dan cantik. Ramai yang menjadikan Pulau Tioman sebagai destinasi percutian kerana suasananya yang cantik dan menenangkan.

Pulau Tioman yang penuh tarikan

Sebagai sebuah pulau yang cantik, air laut yang jernih dan dipenuhi dengan terumbu karang serta ikan-ikan dan hidupan laut yang berwarna warni ini, tentunya tarikan utama Pulau Tioman ialah aktiviti menyelam dan snorkeling.

Anda juga boleh berkayak dan menikmati suasana pantai yang tenang. Bagi pengunjung yang berminat untuk mendaki sambil merasai keindahan lautan, bolehlah mendaki Gunung Nenek Semukut atau juga dikenali sebagai Tanduk Naga kerana puncak gunung ini adalah batu granit yang berbentuk seperti tanduk naga.

Antara tarikan lain di Pulau Tioman ialah laluan berjalan kaki (trekking) samada melalui jalan pantai atau hutan. Paling jauh aktiviti trekking ini ialah 5 km dan ada juga yang sekejap sahaja laluannnya. Pengunjung boleh memilih laluan berdasarkan keupayaan fizikal masing-masing.

Tempat rehat yang menakjubkan

Keindahan flora dan fauna seperti pokok periuk kera, tongkat ali, dan rafflesia juga merupakan tarikan di Pulau Tioman. Terdapat pusat pemeliharaan penyu di Turtle Sanctuary, Kampung Juara dan ia menggalakkan pengunjung untuk menjadi sukarelawan.

Anda boleh terlibat dalam aktiviti pengutipan telur penyu dan membawanya ke tempat penetasan. Chalet juga banyak di sekitar pulau ini dan harganya juga berpatutan.

Bagi orang yang selalu mengharungi hiruk pikuk kota serta asyik mengadap hutan batu. Mahupun bagi orang yang sibuk dan ingin mencari tempat rehat bagi menenangkan fikiran sambil menikmati keindahan alam. Ataupun jika anda ingin mencari tempat berbulan madu, bolehlah memilih Pulau Tioman ini sebagai satu tempat percutian yang pastinya tidak mengecewakan, InsyaAllah!