Puluhan pendatang Yahudi ceroboh pekarangan masjid Al-Aqsa

Uncategorized Hafiz Firdaus 23-Dis-2019

Agensi berita Anadolu melaporkan kira-kira 130 pendatang Yahudi telah menceroboh kawasan sensitif pekarangan Masjid Al-Aqsa dengan perlindungan polis Israel menerusi pintu Gerbang al-Mugharbah, demikian menurut Pihak Berkuasa Wakaf, agensi kendalian Jordan yang mengawal selia kawasan suci Islam dan Kristian tersebut.

Sebelum itu, pencerobohan besar-besaran ke tanah suci itu sempena sambutan perayaan lapan hari Hanukkah bagi memperingati perisytiharan Biara Yahudi kedua di Baitulmaqdis, telah didorong oleh kumpulan berhaluan kanan Israel.

Umat Islam menganggap al-Aqsa adalah Tanah Haram yang ketiga tersuci, manakala orang Yahudi menganggap kawasan terbabit sebagai ‘Temple Mount’, iaitu lokasi dua biara Yahudi purba.