Pusat autisme di Langkawi mula beroperasi Februari tahun hadapan

Uncategorized MAS 04-Dis-2019

Pengerusi Persatuan Autisme Langkawi menjelaskan pusat berkenaan akan menggunakan modul Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) dan Pusat Autisme IDEAS (IAC).

Antara program yang ditawarkan adalah program perkembangan awal kanak-kanak, program vokasional, pendidikan agama dan moral, pendidikan jasmani dan kegiatan kokurikulum. Seramai 13 lelaki dan seorang perempuan anak-anak autism telah mendaftar.

Pusat Autisme Langkawi akan beroperasi di Jalan Batu Asah dan mampu menampung sehingga 50 pelajar. Operasi pusat ini berjalan dari Isnin hingga Jumaat manakala sesi terapi tambahan ditawarkan pada hari Sabtu berdasarkan permintaan. Hanya RM100 dikenakan untuk pendaftaran manakala bayaran bulanan sebanyak RM400.