Pusat Rawatan Kecantikan CPS Skin Love Kini Ada Di Bangi

Airellyn Beauty Care, syarikat yang terlibat dalam bidang penjagaan kecantikan berjenama CPS Skin Love, meluaskan penguasaan pasarannya dengan membuka rangkaian terbaharunya di Persiaran Bangi, Seksyen 9, Bangi pada tarikh keramat 17 Ogos 2019.

Malah SalamToday Malaysia turut diundang untuk ke majlis pembukaan pusat rawatan kecantikan terbaru ini yang berlangusng dengan meriah.

Pengasas syarikat, Ellyn Jamyn, 32 tahun berkata, ini merupakan cawangan keduanya selepas pembukaan sulung rangkaian salun di Shah Alam sejak tahun 2010 dan bercadang untuk membuka rangkaian ketiganya di lokasi strategik di Kuala Lumpur untuk perancangan masa depannya.

Saya memilih Shah Alam dan Bangi kerana terdapat permintaan yang tinggi daripada pelanggan dan sebelum ini melalui iklan di FB Ads alam maya, kami telah menerima banyak pertanyaan daripada pelanggan yang tinggal di sekitar Bangi mengenai perkhidmatan yang ditawarkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pembukaan rangkaian salun terbaharunya di Bangi baru-baru ini.

Ellyn menjelaskan, CPS Skin Love menawarkan kira-kira 56 perkhidmatan yang dapat memenuhi keperluan pelanggan berusia remaja termasuk mereka yang menghadapi pelbagai masalah berkaitan kulit wajah.

Antara perkhidmatan yang popular adalah Spa Coklat, Detox Spirulina, HIFU VFace, Sulam Bedak.

Harga yang ditawarkan mampu milik namun pelaburan mereka berbaloi kerana syarikat menawarkan perkhidmatan berkualiti selain menggunakan bahan rawatan yang diimport berasaskan semulajadi, selain penggunaan mesin berinovasi yang berteknologi tinggi.

Kami menggunakan logo Cantik Persis Selebriti kerana kami percaya bahawa ramai wanita mahu melihat diri mereka cantik seperti selebriti.

Disebabkan konsep tersebut, saya akan menawarkan perkhidmatan rawatan kepada pelanggan agar mereka berpuas hati dengan hasil yang terbaik sehingga berjaya meningkatkan keyakinan dan kegembiraan mereka,” jelasnya.

Tambah beliau, syarikat sentiasa mengikuti perkembangan pasaran sedia ada dan membuat kajian mengenai maklum balas pelanggan untuk menawarkan perkhidmatan yang memenuhi gaya hidup masyarakat masa kini.

Mula menceburi bidang kecantikan sejak berusia 18 tahun di mana wanita cantik ini menimba ilmu dan pengalaman selama 5 tahun sebagai beautician di Aster Spring Origin of Beauty, sebelum mengambil langkah lebih berani pada 2009 untuk mengusahakan spa sendiri.

Mengulas mengenai latar belakang perniagaan pada awal operasinya, wanita kecil molek berjiwa besar ini membuka spa secara kecil-kecilan dengan menumpang menyewa di sebuah rumah kedai yang terletak berdekatan dengan sebuah pusat pengajian tinggi di Shah Alam.

Berdasarkan modal yang kecil, beliau akan ‘turun padang’ berjumpa masyarakat dengan mengedarkan risalah perniagaan dan ‘mencuri’ masuk ke asrama pelajar wanita untuk mempromosikan produk yang ditawarkan.

Saya berjaya menarik minat pelajar berkunjung ke salun dengan menawarkan harga pakej murah disertakan dengan perkhidmatan pengangkutan percuma dari asrama ke salun dan sebaliknya.

“Promosi tersebut berjaya kerana melaluinya, saya menjana pendapatan antara RM200 hingga RM300 sehari dan operasi tersebut diteruskan hingga dua tahun.

“Bermula di situ, modal makin bertambah dan saya mula memasang papan tanda dan berdikit-dikit membeli peralatan untuk melengkapkan lagi salun,”jelasnya.

Selain itu, semangat untuk terus berjaya dalam bidang tersebut telah memaksa beliau menjual kereta Perodua Kelisa miliknya dengan bermodalkan RM15,000 dan melaluinya beliau melaburkan duit berkenaan untuk mengembangkan perniagaannya.

Hampir dua tahun, saya terpaksa meminta bantuan rakan untuk urusan pengangkutan sehinggalah saya berjaya mengumpul modal dan membeli kereta secara tunai”.