Putu halba sambal daging tarikan baharu di musim tengkujuh

Uncategorized Ahmad Mahmud 03-Dis-2019

KOTA BHARU, 3 Dis — Gerai putu halba tradisional di Jalan Pulau milik Suriana Che Hassan, 33 dan suaminya, Awi Mohd, 36, memperkenalkan perisa sedap dan inovatif yang berintikan sambal daging.

Idea yang diilhamkan oleh Awi dengan resepi berasaskan ubi kayu oleh Suriani dijual pada harga RM1 dua biji bagi putu halba biasa, dan RM1 sebiji bagi putu halba sambal daging. Dengan semuanya biasa habis terjual 500 biji, ia memberikan pulangan RM300 sehari. Gerai dibuka pada 11 pagi dan ditutup menjelang 6 petang.

Putu halba adalah hidangan istimewa penduduk Kelantan yang sedap dimakan ketika masih panas, terutamanya dalam musim hujan.