Rafizi Ramli tinggalkan dunia politik

Uncategorized MAS 10-Dis-2019

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli menegaskan beliau tidak merancang untuk kembali ke dunia politik. Fasa kehidupan beliau kini adalah tertumpu kepada teknologi kecerdasan buatan (AI), pembelajaran mesin dan internet benda (IoT). Beliau berkongsi perkara berkenaan menerusi ciapan twitter dengan turut memuat naik video berkaitan.

Terdahulu, setelah bebas daripada hukuman penjara atas kesalahan membongkar maklumat perbankan National Feedlot Corporation (NFC), beliau mengumumkan untuk hanya menjadi orang biasa dan meluangkan lebih masa bersama keluarga dan sahabat.

Rafizi juga menekankan beliau tidak berminat untuk memegang apa-apa jawatan kerajaan atau awam dan mendakwa kebanyakan orang politik lupa daratan setelah berkuasa.