Rakyat Turki dinobat tokoh tahun ini kerana sokong Palestin

Uncategorized Adea Ghafar 21-Dis-2019

RAMALLAH, 21 Dis — Sebuah kumpulan Palestin telah memilih Huseyin Tanriverdi, Pengerusi Kumpulan Persahabatan Turki-Palestin di Parlimen Turki sebagai Tokoh Tahunan tahun 2019 yang menyokong perjuangan Palestin, lapor agensi berita Anadolu.

Anugerah tersebut telah diberikan dalam satu majlis yang berlangsung di bandar Ramallah, Tebing Barat oleh Lady of the Earth Foundation. Tanriverdi merupakan rakyat pertama Turki yang menerima anugerah tersebut yang mula diberikan sejak 2008.

Tanriverdi menegaskan perjuangan melindungi Palestin dan al-Aqsa, samada di Turki atau arena antarabangsa merupakan satu kewajipan melindungi warisan bersama demi kemanusiaan dan kepercayaan agama Islam.