Rasuah dan masyarakat – beberapa cara memerangi perkara ini

Sahsiah Zalika Adam 13-Sep-2020
dreamstime_s_192722112
Bagaimana memerangi dan menyelesaikan rasuah © Pattanaphong Khuankaew | Dreamstime.com

Rasuah adalah masalah masakini yang kita hadapi dengan teruk dalam masyarakat kita, terutama dalam urusan yang berkaitan dengan menunaikan kepentingan awam atau hal-hal ekonomi yang memerlukan beberapa prosedur dan persetujuan. Ini adalah senjata yang merosakkan individu dan masyarakat.

Ia juga merupakan perbuatan zalim kepada beberapa individu yang mengambil hak mereka, dengan mengenakan beberapa bayaran tunai dengan cara yang salah. Mereka suka untuk mendapatkan bayaran padahal mereka tidak berhak memperolehinya.

Seorang pelajar sudah berjaya melakukan rasuah dengan membayar kepada salah seorang pengarah. Kemudian, pelajar tersebut melanjutkan pengajian di Fakulti Kejuruteraan atau Kedoktoran. Akhirnya, apakah yang akan berlaku? Apakah yang diharapkan daripada doktor atau jurutera melainkan rasuah, penipuan dan tidak amanah? Tambahan pula, lemahnya tahap pengajian dan kelayakan akademik untuk melaksanakan tugasan yang bergantung kepadanya.

Oleh itu, kita hendaklah memberhentikan perkara itu dan menanganinya dalam masyarakat kita, sehingga bebas rasuah. Terdapat beberapa perkara khusus yang membantu kita memerangi dan menghilangkan rasuah:

Memperkuatkan tiang keimanan: Ini termasuk kepercayaan dalam jiwa, mereformasi diri dan mengajaknya berbuat kebaikan serta menghindari setiap larangan yang diharamkan oleh Allah  SWT. Allah mengawasi secara sembunyi dan terang-terangan. Keadaan ini menjadikan seseorang tidak menerima rasuah yang diharamkan. Bahkan dia menyerahkan pekerjaannya kepada Allah, kerana dia yakin dengan bantuan Allah.

Memohon bantuan dengan cara beribadat dan berakhlak: Ini termasuk solat, puasa dan zakat. Tiada cara untuk mendidik jiwa manusia dan membersihkan dari kekotoran dan kerosakan yang mempengaruhi hati nuraninya. Islam mementingkan asas yang kukuh, amanah dalam jiwa dan menjauhi budaya buruk dan perbuatan yang keji. Seterusnya, rasuah terletak di dalam hati pada semua perbuatan itu. Setiap insan perlulah beringat bahawa rasuah itu merupakan satu pintu daripada pintu-pintu khianat dan penyebab rahmat Allah SWT tertolak.

Pengawasan dan pemeriksaan yang ketat: Ini adalah salah satu cara paling ampuh untuk memerangi rasuah. Jika motif agama tidak menjadi penghalang berurusan dengannya, maka kawalan pentadbiran yang ketat akan menghalangnya daripada berlaku. Hal ini disebabkan setiap pekerja dipantau dan tindakan mereka dinilai. Setiap arahan perlulah jelas agar semua pekerja boleh mengikutnya dan tidak berlaku sebarang kesilapan. Di samping itu, peringatan diberikan agar tidak berlaku kesilapan dalam pekerjaan. Tidak dapat dinafikan, peringatan yang jelas mengenai rasuah sentiasa perlu disebarkan.

Memudahkan prosedur urusan pentadbiran: Iaitu satu cara untuk mengurangkan rasuah yang besar. Hal ini disebabkan oleh kesukaran proses untuk mendapatkan pekerjaan. Ia boleh membantu menyebarkan rasuah sehingga ke penghujungnya atas kerja kuat seorang remaja. Sekiranya perkara ini mudah bagi semua orang, apa perlunya mempertahankan rasuah? Negara juga perlu menyediakan sistem elektronik yang boleh membantu manusia menyelesaikan keperluannya dan bukannya menunggu di talian dan pejabat.

Mencapai keadilan: Ia merupakan satu rawatan yang penting bagi mencegah rasuah berleluasa. Ia bertujuan mencari keadilan sosial yang tidak berpihak kepada sesiapa dalam menjalankan tindakan, kerana ini merupakan perkara asas. Di sana terdapat beberapa individu menentang undang-undang. Mereka memiliki beberapa pusat pentadbiran dan harta kerajaan dan memegang beberapa fail. Keadaan ini  menyebabkan mereka mengambil peluang dengan mengumpul harta tanpa mengendahkan agama. Mereka mengambil manfaat daripada jawatan-jawatan yang dipegang agar menyukarkan perlaksanaan tindakan ke atas mereka. Ini adalah bersalahan dengan asas persamaan sesama manusia. Maka, hukuman mesti dikenakan kepada semua orang tanpa sekatan dan syarat.

Kesedaran kepentingan media: Iaitu sama ada melalui siaran radio dan televisyen atau melalui platform dakwah agama dan media sosial. Fenomena yang berlaku pada hari ini berpunca daripada masyarakat itu sendiri. Oleh itu, segala usaha mesti disatukan oleh masyarakat, negara dan individu untuk mengatasinya. Seseorang itu tidak boleh maju, selagi mana pintu rasuah terbuka luas.