Ratusan pelajar cedera bantah Pindaan Rang Undang-Undang Kewarganegaraan (CAB)

Uncategorized MAS 14-Dis-2019

Polis New Delhi menyekat perarakan ribuan pelajar universiti ke Parlimen pada Jumaat. Bantahan dianjurkan persatuan pensyarah universiti Jamia Millia Islamia (JMI) dan disertai pelajar untuk membantah CAB berasaskan agama. Polis telah membelasah pelajar universiti dengan belantan dan melepaskan gas pemedih mata.

Sekitar 100 pelajar cedera dengan 15 daripada mereka parah dan sekurang-kurangnya 42 lagi ditahan polis. Namun, pelajar tetap meneruskan protes dengan kawalan ketat pihak polis di sekitar kampus. Polis juga berjaya menggagalkan cubaan pelajar untuk berarak keluar kampus.

Rang undang-undang tersebut dilihat mendiskriminasi penganut Islam dan langkah awal kepada  rancangan kerajaan nasionalis Hindu melaksanakan Pendaftaran Kewarganegaraan Kebangsaan (NRC).