Buletin SalamWebToday
Daftar untuk mendapatkan artikel SalamWeb Today setiap minggu!
Maafkan kami, ralat berlaku disebabkan oleh:
Dengan melanggan, anda bersetuju dengan Syarat dan Dasar Privasi SalamWeb
 Seni Buletin

Remaja 13 tahun Jadi Imam Solat Terawih

Solat 15 Mei 2019

Tular di media sosial apabila seorang remaja berusia 13 tahun telah menjadi imam untuk solat Terawih di Masjid An-nur Kampung Melayu Subang.

Imam muda yang bernama Faris Farhan itu merupakan pelajar di Maahad Tahfiz Hikmah Denai Alam menjadi tular di media sosial bukan sahaja kerana usianya yang masih muda, tetapi juga mempunyai suara yang merdu ketika membacakan ayat suci Al-Quran.

Video Faris mengimamkan solat Terawih di masjid berkenaan telah dimuatnaik di Facebook rasmi Maahad Tahfiz berkenaan dan dihujani dengan pujian daripada netizen.

Ramai yang memuji keberanian adik Faris untuk mengimamkan solat Terawih yang dihadiri oleh jemaah dari pelbagai peringkat umur. Malah ada juga yang sampai mengalirkan air mata mendegar kemerduan suara adik Faris mengalunkan ayat suci Al-Quran.

Dek tular di media sosial, Faris turut diundang menjadi tetamu istimewa di stesen radio Zayyan.

Tahniah SalamToday ucapkan kepada adik Faris. Semoga adik Faris menjadi inspirasi kepada anak muda di luar sana untuk menjadi imam di usia yang muda.

 

Sumber; Facebook Maahad Tahfiz Hikmah Denai Alam