Renungan semasa krisis – hubungan dengan Allah SWT

Iman Hanita Hassan 15-Okt-2020
dreamstime_s_185615438
Renungan semasa krisis - hubungan dengan Allah SWT © Zulkiffle Mohd Kassim | Dreamstime.co

Artikel ‘Renungan semasa krisis – hubungan dengan Allah SWT’ ini adalah berkaitan dengan krisis global wabak COVID-19. Masyarakat di setiap pelusuk dunia telah terus diarah untuk kekal berada di rumah masing-masing. Sebagai seorang Muslim, kita percaya bahawa setiap kejadian yang berlaku dalam hidup mempunyai makna yang tersirat dan telah ditentukan oleh Allah SWT.

Justeru, anda seharusnya sentiasa beringat, sabar dan muhasabah diri sewaktu berlakunya krisis kerana pada akhirnya ini adalah ujian dan sementara sahaja. Anda tidak boleh hilang pegangan sehingga melupakan sang Pencipta. Allah SWT berfirman dalam al-Quran yang bermaksud:

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.”

(Surah adz-Dzaariyaat, ayat 56)

Meningkatkan hubungan dengan Allah SWT

Anda seharusnya memanfaatkan masa lapang di rumah untuk meningkatkan hubungan dengan Allah SWT dan tahap keimanan kita. Adakah anda solat tepat pada waktu. Adakah anda  berusaha untuk solat Tahajud (solat malam) dan meminta Allah membantu anda dan orang lain? Apakah anda membaca lebih banyak Al-Quran,  menitipkan lebih banyak doa  atau berusaha mengerjakan puasa-puasa sunat.

Anda harus menggunakan waktu lapang untuk meningkatkan hubungan dengan Allah SWT, kerana hanya Dia sahaja yang mengetahui berapa lamakah lagi anda akan hidup di muka bumi ini. Sepertimana firman Allah dalam Al-Quran yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.”

(Surah al-Ankabuut, ayat 20)

Anda  hendaklah bertaubat di atas dosa-dosa yang telah anda lakukan. Mungkin hari ini anda mempunyai lebih banyak masa di rumah daripada  sebelum krisis, anda gunakanlah masa ini untuk berdoa kepada Allah SWT dan meminta keampunan-Nya.

Anda bertaubat dengan penuh keikhlasan. Dalam hati dan fikiran anda kembali kepada-Nya dengan rasa rendah diri dan bersungguh-sungguh bahawa hanya Allah SWT sahaja yang lebih mengetahui akan diri anda dan tugas anda adalah untuk sentiasa meminta pengampunan-Nya.

Perbaiki diri dan hubungan dengan keluarga

Anda mengharapkan Allah SWT membantu anda memperbaiki diri menjadi Muslim yang terbaik. Ia akan mengingatkan anda untuk merenung kesilapan diri  tanpa  mencari kesalahan orang lain. Allah berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat…” (Surah al-Baqarah, ayat 222)

Anda juga perlu meluangkan masa yang ada bersama ahli keluarga dan memperbaiki hubungan dengan mereka. Mungkin dahulu anda terlalu sibuk dengan  kerja tetapi hari ini anda mempunyai lebih banyak peluang dan masa untuk bersama mereka. Sepertimana sabda Rasulullah SAW tentang pentingnya menjaga hubungan dengan ahli keluarga yang maksudnya:

“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat maka hendaklah ia menyambung silaturahim.”

(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Bagi anda yang bekerja dari rumah, ia juga  adalah ujian keikhlasan dan kejujuran, kerana anda harus bekerja jauh dari  tempat kerja, jauh daripada pengurus dan pasukan anda. Sekiranya anda adalah salah seorang daripada mereka yang  bekerja dari rumah, anda harus mengingatkan diri bahawa walaupun tidak berada di hadapan pengurus, Allah SWT sentiasa melihat anda.

Daripada Abu Salid al-Khudri bahawa Nabi SAW bersabda yang maksudnya:

“Janganlah kalian menjual emas dengan emas kecuali sama jumlah dan janganlah kalian melebihkan sebahagian atas sebahagian lainnya, janganlah kalian menjual wang kertas dengan wang kertas kecuali sama jumlahnya dan janganlah dilebihkan sebahagian atau sebahagian lainnya, dan janganlah kalian menjual barang yang tidak ada di tempat dengan yang sudah ada di tempat.”

(HR Sahih Bukhari)