Resepi Aiskrim Oreo Paling Mudah

SalamToday yakin ramai pembaca menggemari aiskrim, susu segar dingin dan biskut Oreo. Bagaimana kalau kami katakan, semuanya boleh digabungkan untuk dijadikan aiskrim biskut Oreo. Rasanya yang lemak ditambah dengan kerangupan biskut coklat pasti membuatkan kita tidak berhenti menguyah.

Kami kongsikan resepi yang sangat mudah untuk anda buat sendiri aiskrim Oreo di rumah.

 

Bahan- bahan :

10 paket biskut Oreo (yang berisi 3 keping setiap peket)

Susu Cair / Penuh Krim

Batang aiskrim

 

Cara -Cara :

1. Hancurkan biskut Oreo dalam setiap paket.

2. Susun kesemua paket di dalam bekas.

3. Masukkan susu di dalam setiap paket Oreo

4. Masukkan batang aiskrim di tengah-tengah

5. Sejukkan di dalam peti sejuk selama 10 jam

6. Selepas beku sepenuhnya bolehlah dimakan begitu sahaja. Jika anda mahu lebih sedap, boleh juga disalutkan dengan coklat dan kepingan biskut Orea atau badam.

 

Lihat video ni untuk cara-cara membuat Aiskrim Oreo. Selamat mencuba!

 

Sumber : Youtube Channel Fun Cooking With Yackikuka