Resepi Bebola Gula Perang ‘Homemade’

bubble tea

Sejak kebelakangan ini, ramai benar yang sukakan minuman ‘Brown Sugar Milk Tea’. Rasa airnya yang berlemak serta manis benar-benar terasa nikmatnya terutamanya diminum ketika cuaca panas.

Namun harga yang dijual dipasaran boleh tahan juga mahalnya. Kalau selalu dibeli, lama-lama nipis juga dompet dek kerap membeli minuman istimewa ini.

Tahukah anda sebenarnya minuman ini anda boleh hasilkannya sendiri di rumah. SalamToday akan kongsikan dengan anda resepi membuat ‘Brown Sugar Pearl.’ Lepas ni bolehlah anda minum setiap hari. Tak perlulah beratur panjang sampai sakit kaki.

 

Bahan-bahan 

1 cawan tepung ubi

1/4 cawan gula perang

1/4 pewarna hitam

1/3 air

 

Cara- cara membuat

Masukkan air ke dalam kuali yang tidak mudah melekat.

Kemudian masukkan gula perang dan kacau sehingga larut.

Masukkan pula pewarna hitam (jika tidak mahu tidak mengapa).

Apabila gula sudah mula mendidih, masukkan setengah daripada tepung dan kacau.

Apabila sudah sebati, padamkan api. Kemudian tambahkan separuh lagi tepung.

Uli adunan di atas meja yang bersih dan jadikan adunan tepung seperti tali. Kemudian potong kecil untuk dijadikan bebola.

Rebus di dalam air selama lebih kurang 15 minit. Selepas masak sejukkan di dalam air berais.

Jika anda mahukan bebola yang manis, masak bebola yang sudah siap bersama  350ml  air dan  150 gram gula perang sehingga menjadi pekat.

Hidangkan bebola yang telah siap bersama teh pilihan anda atau bersama susu segar.

 

Untuk melihat cara-cara memasak, anda boleh tonton video ini:

 

Sumber : Youtube Savor Easy

Gambar oleh Phan Anh Tran di Unsplash