Resepi Minuman Pina Colada Tanpa Alcohol

Minuman Pina Colada memang enak diminum ketika waktu panas. Rasanya yang manis berlemak serta masam benar-benar menyegarkan tekak.

Lazimnya jika Pina Colada yang dijual di hotel ataupun di restoran, kebanyakkan mereka mencampurkannya dengan alkohol kerana itulah resepi asal Pina Colada.

Tetapi sebagai penganut agama Islam, alkohol adalah dilarang sama sekali. Tetapi jangan risau, SalamToday akan kongsikan resepi Pina Colada tanpa menggunakan alkohol.

Bahan – Bahan 

  1. Buah Nenas (Boleh gunakan nenas di dalam tin)
  2. Santan atau krim santan
  3. Ais krim Vanila
  4. Ais kiub

Cara – Cara Penyediaan 

Masukkan kesemua bahan ke dalam mesin pengisar. Pastikan ais di bahagian bawah supaya proses mengisar menjadi lebih mudah.

Kisar sehingga kesemua bahan sebati lebih kurang dalam satu minit. Apabila siap bolehlah dihidang di dalam gelas. Hiaskan bersama potongan nenas dan ceri.

Selamat mencuba!

 

Sumber : myhalalkitchen.com