Resepi Sambal Tumis Udang Ringkas & Enak

Sambal tumis sememangnya adalah antara makanan yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Sambal tumis boleh dimasak menggunakan pelbagai jenis lauk seperti udang, sotong, ikan bilis, ikan, kerang dan sebagainya.

Rasanya yang pedas dan manis memang enak dimakan bersama nasi putih ataupun nasi lemak tidak kira untuk sarapan, makan tengah hari mahupun makan malam.

Di sini SalamToday ingin kongsikan bersama anda resepi mudah memasak sambal tumis udang yang dikongsi oleh jenama popular Maggi.

 

Bahan- bahan:

15 ekor udang bersaiz besar

1 biji bawang besar dihiris

1 sudu kecil pes asam jawa

5 sudu besar cili kering kisar

250 minyak masak

2 sudu besar gula

1 sudu besar serbuk Maggie Cukup Rasa

5 biji bawang merah – dikisar

2 ulas bawang putih  – dikisar

setengah inci halia

setengah inci belacan yang dibakar

1 sudu besar serbuk cili

 

Untuk melihat cara-cara memasak, anda boleh tonton dalam video ini :

 

Mudah bukan? Jangan lupa untuk mencuba resepi ini. Pasti bertambah kalau makan!

 

Sumber : Youtube Maggi Malaysia