Resepi Sayur Campur Sambal Dari Rasa Sifu

Siapa kata memasak satu kerja yang sulit atau merenyahkan? Jika anda tidak cerewet dalam memilih makanan, anda boleh menyediakan hidangan mudah tetapi tetap menyelerakan.

Lebih-lebih lagi ketika ini sudah banyak perencah makanan segera yang boleh didapati di pasaran. Salah satunya, Rasa Sifu daripada Ajinomoto Malaysia. Resipi di bawah ini antara menu mudah yang boleh anda cuba di rumah.

 

Bahan-bahan A: dikisar

4 biji bawang merah

3 ulas bawang putih

6 tangkai cili kering, direbus

½ cawan air

 

Bahan-bahan B:

4 sudu besar minyak masak

1 biji terung, dipotong

100 gram kacang panjang, dipotong

2 batang kacang botol, dihiris

½ cawan petai, dibelah dua

1 batang cili merah, dihiris

1 biji bawang besar, dihiris

1 sudu besar Rasa Sifu™ Penambah Perasa Semua Dalam Satu

 Cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak masak, tumiskan bahan-bahan (A) sehingga pecah minyak.
  2. Perasakan dengan Rasa Sifu™, kacau rata.
  3. Masukkan terung dan kacang panjang, kacau rata sehingga separuh masak.
  4. Masukkan kacang botor dan petai. Kacau rata sebentar.
  5. Masukkan cili merah dan bawang besar, kacau sehingga sedikit layu.
  6. Sedia untuk dihidang.

Cadangan Hidangan: 4-5 orang

Foto : Ajinomoto