Resepi Telur Bistik

SalamToday yakin pasti ramai di antara kita yang gemar memakan telur bistik. Tapi kebiasaannya kita hanya akan makan telur bistik di kedai atau restoran. Jarang kita masak hidangan ini di rumah.

Sebenarnya kalau dimasak di rumah, lebih enak dan berkhasiat kerana bahan-bahan yang kita gunakan sudah terjamin bersih dan lebih isinya berbanding di kedai.

Jom SalamToday kongsikan resepi telur bistik yang enak ini:

 

Bahan-bahan:

A:
1 sudu besar minyak masak
1 biji bawang kecil, dihiris
50 gram daging, dihiris nipis
4 biji eltur
½ sudu kecil MAGGI CukupRasa (dicampur bersama telur)

B:
1 sudu besar minyak
5 biji bawang kecil, ditumbuk
3 ulas bawang putih, ditumbuk

C:
400 gram daging, dipotong dadu
3 biji cili padi, dibelah dua
50 gram kobis bunga, dipotong kecil
3 batang kacang peas, dipotong kecil
2 batang  baby corn, dipotong kecil
50 gram cili bangala merah, dipotong dadu kecil
50 gram cili bangala kuning, dipotong dadu kecil
1 biji tomato, dipotong wedges

D:
2 sudu besar Sos Tomato MAGGI
2 sudu besar Sos cili MAGGI
1 sudu kecil Kicap pekat
50 ml Air
2 sudu kecil MAGGI CukupRasa

 

Cara-cara memasak:

1. Panaskan minyak, tumiskan bahan A dan masukkan telur untuk membuat telur dadar.

2. Tutup kuali dengan penutup dan masak telur dengan api yang kecil supaya telur kekal lembap di bahagian tengah dan garing di bahagian tepi telur.

3. Selepas masak letakkan di atas pinggan.

4. Panaskan minyak tumiskan bahan B, sehingga wangi.

5. Masukkan bahan C, tumiskan kesemua sehingga rata. Tuangkan bahan D.

6. Renehkan kesemua bahan dengan api yang serderhana.

7. Tuangkan kuah daging ke atas telur dadar.

8. Hidangkan dengan nasi panas.

TIP: Guna periuk leper tidak lekat jika ingin telur dadar sempurna.

 

Sumber : www.maggi.com.my