Minuman Berasaskan Teh Pembuka Selera Syawal

Sudahkan anda memikirkan apakah menu air yang akan dihidangkan buat tetamu yang bertandang ke rumah pada Aidilfitri nanti?
Adakah air sirap? Air oren atau air laici yang menjadi pilihan?
Jika anda sudah bosan dengan menu minuman yang sama saban tahun dan ingin tampilkan kelainan untuk tetamu pada tahun ini, apa kata anda mencuba resipi Faluda Teh Dilmah Rose with French Vanilla dan Dilmah Earl Grey Banana Tea Shake.
Ia sesuai dihidangkan dengan juadah apa sahaja, sama ada kuih-muih raya, rendang dan ketupat mahupun bersama bihun sup.
Dengan menggunakan teh Dilmah sebagai bahan utamanya, pastinya ia memikat selera tetamu yang berkunjung ke rumah anda.
Selamat mencuba!
Faluda Dilmah Rose with French Vanilla Tea
Bahan-bahan:
Dilmah Exceptional Rose dengan French Vanilla 4g
Susu sejat 80 ml
Ais krim vanila ½ sudu
Jeli strawberi 10 kiub
Cara-cara:
1. Bru 4g Dilmah Exceptional Rose with French Vanilla bersama 200 ml air selama 5 minit. Ekstrakkan teh yang telah dibru itu.
2. Campurkan susu sejat ke dalam bancuhan tersebut.
3. Kisar aiskrim vanila bersama 3 kiub ais.
4. Campurkan dan taburkan kiub jeli dan tuangkan air tadi.
5. Sedia untuk dihidang.
Dilmah Earl Grey Banana Tea Shake
Bahan-bahan:
Dilmah Exceptional Elegant Earl Grey 4 g
Yoghurt asli 2 sudu teh
Air gula 50 ml
Buah pisang ½ biji
Kiub ais
Cara-Cara Membuat:
1. Bru 4g teh Dilmah Exceptional Elegant Earl Grey dalam 150 ml air selama 5 minit. Ekstrakkan teh yang telah dibru itu.
2. Tuang ke dalam gelas.
3. Tambahkan yoghurt asli, air gula dan pisang. Kemudian, kisarkan bersama.
4. Masukkan kiub ais dan sedia untuk dihidang.
Foto: Dilmah Tea