Resipi Bubur Asyura Manis Sempena 10 Muharam

Mixed beans with kidney mung black and Soy Bean - Healthy and Nutrition food concept style

Setiap kali tiba bulan Muharam, pasti ramai yang ambil kesempatan untuk buat Bubur Asyura untuk berbuka puasa pada 10 Muharam. Asyura  jika mengikut bahasa arab (a’syara) bermaksud sepuluh, jadi ada pendapat yang mengatakan Bubur Asyura ini biasanya mengandungi 10  bahan atau ramuan.

Bubur Asyura ini punya beberapa versi mengikut negeri masing-masing. Kalau versi orang Pantai Timur, rasanya lebih berempah dan pekat. Sementara versi negeri-negeri di sebelah Utara Semenanjung, ianya agak cair dan rasanya manis.

Bagi yang belum pernah menyediakan Bubur Asyura, mungkin tahun ini anda teringin untuk mencubanya sendiri. Jadikan resipi berikut sebagai panduan.

Jika saiz hidangan ini agak banyak untuk keluarga kecil anda, bolehlah sedekah sedikit kepada kawan-kawan. Ingat, bersedekah boleh memanjangkan umur.

 

Bahan-bahan

2 cawan tepung beras

3 cawan santan pekat

1 sudu kecil garam

3 cawan santan cair

1 cawan gula merah (dimasak dengan 1 cawan air hingga larut dan tapiskan)

3/4 cawan gula pasir (tahap kemanisan terpulang kepada anda)

Segenggam kacang tanah

Segenggam kacang kuda

Segenggam kacang hijau direndam 3 jam kemudian direbus hingga lembut

1 mangkuk ubi keledek dipotong dadu dan direbus hingga lembut

1 mangkuk pisang dipotong bulat

1 tin Jagung manis

3 sudu besar sagu halus

3 helai daun pandan

 

Cara-cara penyediaan

1) Kisarkan tepung beras dengan tiga cawan santan cair dan tapiskan.

2) Kemudian, satukan semua bahan kecuali pisang ke dalam kuali besar atau periuk besar.

3) Kacau sehingga masak dengan menggunakan api perlahan.

4) Apabila sudah pekat, boleh masukkan hirisan pisang.

5) Kacau lagi adunan bubur sehingga benar-benar masak dan tidak melekat di kuali / periuk.

6) Asyura yang sudah masak bolehlah dialihkan ke dalam loyang.

Resipi : Roslina Omar (http://resepiyangindah.blogspot.com)

Kredit foto : 123rf / Roslina Omar