Resipi La Sa Bao Untuk Peminat Dim Sum

Adakah anda seorang peminat makanan Cina yang gemar menikmati set dim sum?

Daripada pelbagai jenis dim sum dan dumpling, sehinggakan kepada pencuci mulut, semuanya menjadi kegemaran anda.

Namun, pernahkah anda terfikir bahawa alangkah mudahnya jika anda mampu membuat sendiri makanan-makanan tersebut di rumah tanpa perlu bersusah payah mencari restoran yang menyediakan makanan Cina yang halal?

Justeru, pada kali ini, kami ingin berkongsi dengan anda resipi untuk menyediakan Lau Sa Bao, sejenis pencuci mulut yang kebiasaannya menjadi satu daripada set dim sum yang popular dan digemari ramai.

Dengan strukturnya yang panas, manis dan lembut, roti kastard tradisional Cina ini sebenarnya amat mudah untuk disediakan sendiri.

Jadi, selamat mencuba untuk hidangan petang anda!

 

Bahan-bahan doh

Gula aising                                      80 gm

Garam                                             5 gm

Serbuk penaik                                3 gm

Ragi kering (dried yeast)              5 gm

Tepung Tang Mien                        80 gm

Tepung Hong Kong                       300 gm

Air                                                    200 gm

Lemak sayuran (shortening)       35 gm

 

Bahan-bahan inti

Mentega (unsalted)                      150 gm

Gula                                                 100 gm

Tepung kastard                             30 gm

Tepung jagung                              30 gm

Santan                                             50 gm

Knorr Serbuk Masakan Telur Masin Keemasan                 200 gm

Susu segar                                     150 gm

Marjerin                                         100 gm

 

Cara-cara membuat doh

  1. Adun sebati kesemua bahan dan uli dengan sekata. Biarkan ia selama 40 minit.
  2. Uli dan bahagikan seperti yang dikehendaki (20gm untuk setiap doh).

 

Cara-cara membuat inti

  1. Cairkan mentega, tambahkan bahan-bahan selebihnya.
  2. Adun sebati dan biarkan di dalam peti sejuk selama 24 jam.
  3. Bentukkan mengikut acuan yang dikehendaki (cadangan: 20gm).

 

Cara-cara memasak

  1. Kukus di dalam pengukus yang telah dipanaskan selama 5 minit.
  2. Sedia untuk dihidang dan makan ketika panas.

 

Foto: Unilever Food Solutions