Resipi Rendang Daging Minang Daripada Datuk Fazley Yaakob

Siapa di sini yang pandai memasak rendang?. Bukan semua mampu menyediakan resipi kebanggaan orang Melayu ini. Sebabnya, bahan-bahan yang digunakan bukan sedikit. Jika tidak lengkap, hilanglah ‘kick’nya.

Selain itu, hidangan rendang juga punya banyak versi. Salah satu versi yang popular ialah Rendang Minang. Untuk menyediakan hidangan ini, anda memerlukan kesabaran kerana ia memakan masa yang agak lama.

Jadi, bagi yang ingin mencuba menyediakan hidangan ini, boleh ikuti resepi yang disediakan oleh Chef Selebriti, Datuk Fazley Yaakob di bawah.

 

Bahan-bahan:

2 kg daging lembu

500 gm bawang

250 gm bawang putih

10 gm  serai

15 gm  lengkuas

10 gm kunyit hidup

100 gm cili api

150 gm pes cili

250 gm pes asam jawa

15 gm kerisik

2 gm  bunga lawang

5 gm kulit kayu manis

5 gm  bunga cengkih

3 kg  santan

100 gm serbuk rendang

50 gm garam

50 gm  gula

 

Cara membuatnya:

1) Kisar bawang putih, cili api, kunyit hidup, lengkuas, serai (tinggalkan separuh) dan bawang (tinggalkan separuh). Kemudian masukkan serbuk rendang dan pes cili ke dalam bahan-bahan yang telah dikisar tadi.

2) Hiris bawang dan serai yang tidak dikisar.

3) Dengan menggunakan periuk, panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga lawing dan bunga cengkih sehingga naik bau. Kemudian masukkan hirisan bawang bersama bahan-bahan yang telah dikisar.

3) Masukkan daging dan masak sehingga daging lembut.

4) Masukkan pes asam jawa dan biarkan mendidih. Setelah itu masukkan santan dan serai yang tidak dikisar tadi, kerisek, garam dan gula.

5) Masak sehingga santan pecah minyak dan menjadi pekat (kering).

 

Kredit foto : SukaSucre Studio