Resipi Sihat: Lawa Terung

Terung, terutamanya yang berwarna ungu mempunyai pebagai khasiat yang baik untuk kesihatan.
Kandungan nutrisinya sangat luar biasa, kaya dengan kalsium, mineral, serat, bioflavonoid serta vitamin K.
Malah kajian pakar turut mendedahkan bahawa terung juga baik untuk kesihatan otak dan jantung.
Jadi, tidak salah, malahan amat baik jika terung dijadikan menu utama dalam masakan untuk anda sekeluarga.
Jadi, SalamToday ingin berkongsi dengan anda menu berasaskan terung yang diolah bagi menghasilkan rasa yang lebih enak dan menyelerakan dengan menggunakan bahan istimewanya, Ayam Brand Santan Super Light.
Cadangan hidangan untuk resipi Lawa Terung adalah untuk empat orang.
Bahan-bahan:
Bahan-Bahan A (Dihiris)
Bawang Merah (saiz sederhana) 5 ulas
Cili Merah 2 tangkai
Halia Muda 2 inci
Tomato (saiz kecil) 2 biji
Bahan Perasa
Jus Limau (secukupnya)
Garam (secukupnya)
Gula (secukupnya)
Terung (dipotong panjang) 4 biji
Ayam Brand™ Santan Super Light 1 pek
Ikan Bilis (digoreng) 60 g
Minyak Masak (secukupnya)
Cara Penyediaan:
1. Sapukan terung dengan minyak dan panggangkannya / bakarkan dalam ketuhar 200°C selama 15 minit.
2. Panaskan Ayam Brand™ Santan Super Light dan alihkan. Biarkan santan sedikit suam sebelum masukkan bahan-bahan A, ikan bilis dan bahan perasa.
3. Masukkan terung panggang dan sedia untuk dihidangkan.
Foto: About Communication