Resipi Udang Karang Masam-Manis Chef Anis Nabilah

Jika anda mengikuti akaun media sosial Chef Anis Nabilah, pasti anda tahu Chef popular ini sering berkongsi resipi yang menambat selera.

Salah satu resepi yang mencuri perhatian ialah Udang Karang Masam-Manis yang boleh dimakan bersama nasi atau roti stim goreng. Hidangan ini enak dimakan ketika masih panas. Jom cuba buat sendiri!

 

Bahan-bahan:

2 ekor Udang Karang Maine direbus (simpan air rebusan)

4 ulas bawang putih dicincang halus

5 sudu besar sos tomato

5 sudu besar sos cili Lingham

1 sudu besar sos plum

1 sudu kecil sos Worcestershire

1/4 sudu kecil cuka

2 sudu kecil sos tiram

1/2 sudu kecil  tepung jagung yang dicampur dengan sedikit air

3 cubit serbuk lada putih

2 biji telur putih

Gula secukup rasa

Garam secukup rasa

Minyak sayuran

Daun bawang

Cili Merah

Daun ketumbar

 

Cara membuatnya:

1) Panas minyak di dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga warnanya keperang-perangan dan masukkan air rebusan udang karang tadi.

2) Masukkan kesemua sos, cuka dan serbuk lada putih. Kacau hingga sekata dan masukkan udang karang. Biarkan mendidih kira-kira dua hingga lima minit.

3) Keluarkan udang karang. Masukkan tepung jagung dan putih telur ke dalam masakan. Kacau rata dan perisakan masakan dengan garam dan gula secukup rasa.

4) Masukkan daun bawang dan kacau seketika. Tuangkan sos ke atas udang karang dan hiaskan hidangan dengan daun ketumbar dan hirisan cili merah.

5) Sedia untuk dihidangkan.

Foto : Instagram Chef Anis Nabilah