RHB Investment Bank (RHBIB) kekalkan saranan beli ke atas MyNews Holdings Bhd

Perniagaan MAS 20-Dis-2019

Firma penyelidikan RHBIB mengekalkan saranan beli ke atas MyNews dengan harga sasaran RM1.45. Harga sasaran terkini turun daripada RM1.70 diunjurkan daripada potensi pertumbuhan berskala.

MyNews melaporkan keuntungan bersih, RM26.8 juta untuk tahun kewangan 2019. Jumlah tersebut kurang daripada jangkaan RHBIB dan konsensus, masing-masing mencakupi hanya 79% dan 85% daripada ramalan.

Pendapatan lebih rendah disebabkan kerugian dialami unit pengilang kumpulan, Mynews Ryoyupan Sdn Bhd dan Mynews Kineya Sdn Bhd.

MyNews membuka 77 cawangan baru dalam tahun kewangan ini, menghampiri sasaran asal sebanyak 80 kedai. Ini menjadikan jumlah cawangan menjadi 513 kesemuanya. Perniagaan kedai runcit dijangka kekal kukuh dalam menyumbang pertumbuhan syarikat.