Rico Rinaldi Lancar Koleksi Beg Yang Pertama

Pereka fesyen terkenal tanah air iaitu Rico Rinaldi telah melancarkan koleksi beg tangan  pertama beliau yang diberi nama RIO.

‘The Box Bags’ hadir dengan empat warna eksklusif termasuklah warna edisi terhad iaitu ‘silver’. Ia turut hadir dengan tali sangkut di bahu yang boleh ditukar dan disuaipadankan warna jika anda membeli lebih dari satu warna.

Menurut Rico, beliau sudah lama memasang impian untuk memiliki koleksi beg tangan di bawah jenamanya sendiri. Malah pertandingan pertama yang dimenangi beliau adalah pertandingan mereka beg.

Pratempah telah dibuka sekarang dengan tawaran potongan harga istimewa RM129 sebelum 6 Ogos 2019. Selepas dari tarikh itu harga setiap satu beg adalah RM149. Manakala untuk warna edisi terhad iaitu ‘silver’, harga promosi adalah RM149 dan harga biasa adalah RM169.

Anda boleh mula menempah beg istimewa ini di laman sesawang www.ricorinaldi.com