RM187,000 lesap ditipu sindiket ‘Scam Macau’

Uncategorized MAS 22-Dis-2019

Seorang pesara wanita kerugian RM187,000 akibat ditipu sindiket. Wanita berkenaan dihubungi lelaki yang mendakwa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Lelaki berkenaan menuduh beliau terlibat dalam kes pengubahan wang haram dan penyeludupan dadah.

Mangsa menafikan terlibat dalam jenayah berkenaan dan panggilan itu kemudian kononnya disambungkan ke Bukit Aman. Seorang lelaki yang mengaku sebagai pegawai polis, ASP Fahmi mengesahkan penglibatan mangsa dalam kes tersebut.

Suspek memaklumkan mangsa boleh ditangkap dan mengarahkan mangsa memindahkan wang ke beberapa akaun yang diberi lelaki terbabit. Mangsa yang takut ditahan membuat beberapa transaksi pemindahan mengikut arahan diberi sehingga beliau syak telah ditipu dan membuat laporan polis.